PASIF INCOME DENGAN LOAN ASB

Isu loan ASB ni rasanya dah banyak org cerita. Ada yg sokong dan ada yang tak sokong melabur ASB melalui loan ASB Persoalan yang selalu dibahaskan adalah mana lagi untung, simpan sendiri atau buat loan ASB. Memang kebanyakan orang yang buat perbandingan kiraan akan mengatakan simpan sendiri jauh lebih baik dan untung berbanding Loan ASB. Saya pun tak menafikannya

Tapi saya menulis entri ni bukan la nak bercerita tentang perbandingan mana lagi untung. Sebelum ni saya memang simpan sendiri dan saya pun pernah juga buat loan ASB dan saya terminate sbb saya ambil kira pandangan simpan sendiri lagi baik dan buat loan tu sekadar mengayakan bank. Tapi bila difikir-fikir, ada benarnya juga kata-kata suami saya..sepatutnya saya gunakan peluang tu untuk buat duit atas duit org lain konsep " Make Money Using Other People Money". Kenapala saya tak terfikir sebelum ni. Macam mana pulak kita boleh dapat duit pasif dan duit free dari Loan ASB ni ? Haa..mari teruskan membaca.


Konsepnya sangat mudah. Ya...mmg betul simpan sendiri lagi bagus..tapi buat loan ASB pun bagus juga, sebabnya kita cuma bayar untuk setahun pertama je. Untuk tahun kedua tu kita bayar gunakan dividen yang kita dapat. Korang mesti kata..mcm tu tak best lah sebab dividen nak kena bayar bank pulak. Tapi harus kita tahu..sekarang konsepnya kita melabur dlm ASB guna duit bank, dan kita bayar bank guna duit dividen dari PNB. Kita cuma bayar untuk setahun pertama je. Coth katalah kita buat loan 100K. Kalau ikut kadar 2013 ni, 100k tu bulan2 kena bayar dlm RM600( saya ikut rate maybank). So mari kita kira

Coth: Div+bonus=8.5%
Jumlah Dividen = 100,000 x 0.085= RM8500
Jumlah Installment = 600 x 12 bln = RM7200
Lebihan Dividen = RM 1300

So RM 1300 tu adalah duit pasif untuk kita. Masuk tahun kedua kita dah tak payah pening2 nak byr. Biarkan je la dividen PNB yang bayar. Dah masuk tahun kedua ni.korang rasa nak simpan ASB sendiri ka, simpan bawah bantal ke, simpan kat tabung Haji ke, suka hati korang lah kan. Yang penting selepas 25 tahun RM 100,000 jadi la korang punya..dengan modal yg kita cuma keluarkan di tahun pertama sebanyak RM 7200 tu, Free2 je dapat sbb loan tu PNB yang bayar kan. Brp yg kita dapat? Jom kira lepas 25 thn

Full Loan Amount -RM100,000
Lebihan dividen- RM1300x25 thn= RM32500 (Kalau korang tak usik la dividen ni)
Total Amount = 100,000+32500= RM132,500
Keuntungan slps tolak modal = 132,500-7200 = RM125,300 

# RM125,300 tu free je dapat..labur pakai duit bank, byr pakai dividen PNB. Lebihan dividen tu boleh jgk kalau nak pakai buat byr roadtax kereta ke, holiday ke kan. Kalau kita nak simpan sendiri sampai 25 thn tu maybe yes or no la kita dapat amaun yg mcm tu. Yelah..kadang2..tangan ni gatal je nak terguna duit. Dah kurang lagi simpanan..kalau loan.mmg sampai 25 thn la tak boleh keluarkan.

Disebabkan ASB ni pelaburan maximum adalah 200K, Kalau terasa mampu nak teruskan, tahun kedua, apply lah lagi satu loan ASB 100K, cukupkan 200K. Lps setahun, guna je dividen utk bayar loan tu. Jadi setiap awal tahun lebihan dividen tu adalah bonus la utk kita kan. Bila dah maximum 200K..dah tak boleh simpan kan..korang simpan la kat Tabung Haji pulak(dividen 5% - 6%). Tak payah pening2 nak byr ASB tu..sbb dah dividen yang byrkan. So ASB pun dapat, tabung haji pun dapat..atau korang simpan je la kat mana2 yg ada dividen tinggi atau pun korang beli emas pula as investment. Pelbagaikan portfolio pelaburan. Kalau rasa tak mampu nak buat sekali byk..buat la sikit2 coth:-
1) 50k- thn 2012
2)50k-thn 2013
3)50k-thn 2014
4)50k- thn 2015
Total = RM200K

Wlwpun nampak mcm byk akaun loan yg kita buat, tapi sebenarnya kita cuma bayar loan thn 2012 je, sbb kita boleh guna dividen 2012 utk byr loan thn 2013, dividen 2013 utk loan 2014 dan dividen thn 2014 utk byr loan 2015. Masuk tahun kelima..dah tak payah bayar..dividen semua tahun yang byr.

Apakah kebebasan anda dapat dengan loan ASB nih?

Sekiranya kita sudah bermula dengan 200K loan ASB ni maintain 1,162 monthly, pada tahun berikutnya kita mampu untuk membayar Loan Rumah / kereta menggunakan hasil dividen ASB. 
Kita boleh menjimatkan 65% dari total perbelanjaan kita dengan loan ASB ni. Jadi Loan ASB ni umpama bekerja untuk membayar hutang kita. Habis finance nanti kita dapat RUMAH,KERETA, DAN PALING BEST LAGI DAPAT 200K dalam ASB kita. Bagaimana pula tu? Nantilah kita share dalam next episod. Ada byk teknik buat duit dengan ASB ni..kalau korang rajin..bacalah E-Book "Rahsia Duit ASB" kat atas tu.
 

So kepada yang masih muda(Bawah 30an), masih tak byk komitmen,anda mempunyai kuasa/peluang yang lebih besar. Pilih & rancanglah kewangan anda. Pada sesiapa yang rasa mampu..rebutlah peluang ni..plan kewangan anda..tak lama pun anda kena berkomitmen, setahun je..apapun pilihan di tangan masing2, Don't Work For Money,Let The Money Work For Us.



ARTIKEL BERKAITAN